Friday 31 May 2013

Allergic

Assalamualaikum...

Uuh.. gataaaaalllllll !! mengerenyam rasanya tangan dan kaki aku ni. Hmhh! T_T
Awal cuti Hari Gawai ni aku ikut pergi camping di Tanjong Piai, Pontian. Camp Damai Alam namanya. Camp ni berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari hari sabtu 25 May 2013 sehingga Selasa 28 May 2013. Best giller ! tapi jadual pack sangat. Penat x terkata. 


Antara activity yg kami lakukan ialah rempuh halangan di dalam lumpur paya bakau. Perrgghh! mandi lumpur. Lepas tu activity kutip sampah di paya bakau. Best memang best tapi masaalah pulak kulit aku ni.


Balik je dari camp ni tangan dan kaki aku pun mula lah gatal2.. lepas tu meruam lah pulak. Aduuuhh mengerenyam lagi2 la malam hari. Memang nampak sangat la aku ni alah pada lumpur paya bakau dan alah pada gigitan nyamuk hutan. Nasib baik la xde lintah dan pacat. 


Haha kalau lah ade dua species tu.. alamatnye menjerit2 menangis nangis lah aku kat sane. Alhamdulillah syukur benda2 tu x ada. 


Ruam merah2 kat tangan dan kaki ni.. Taaaaa tahaaaaaaaannnn!! : (


Okay kejap lagi aku nak g klinik UiTM. Nak ambik rawatan dan ubat free.. heh heh heh! yela sebagai student UiTM ni kan.. harus lah gunakan opportunity yang ada ni dengan sebaiknya. Free kott.. kalau klinik lua tentu2 berbayar. Memandangkan sekarang pun poket ni dah kering kontang! menunggu duit zakat.. harap2 la dapat.. amiinnn!


Arrgghh gatalnye tangan dan kaki ni! Na gi klinik sekarang jugak! Gua cau dulu.. Adioos

Friday 3 May 2013

Aku!

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera, salam penghulu segala hari, salam Jumaat yg di berkati. Alhamdulillah satu lg hari yg indah masih dpt aku nikmati. Cuaca yg nyaman tp eh mne perginya matahari?? mungkin ade berselindung di balik awan kot. hehe ^_^

Nak ckp yg hari ni aku terlepas kelas. Kelas Costing pukul 8.00 am telah pun di batalkan, syukurlah bole bangun lewat sikit. Tapi kelas Managerial Economics pukul 10.30 am berjalan seperti biasa, malangnya aku terlajak bangun terus x pergi kelas. Huhuhu~ padahnya bangun lewat!

Merenung di luar tingkap, tiba2 aku teringatkan diri aku dahulu dan sekarang. Aku yg dulu seorang yg sangat merendah diri, begitu pendiam, sangat mudah tersentuh, bersendirian, tiada sokongan, sering mendapat cercaan dan ejekan, takut dan malu dengan lelaki, jarang ketawa, selalu berendam air mata, sering mengalah dan berserah. Ha ape lg sikap down yg x disenaraikan?? entah ye.. banyaklah! hanya Tuhan yg memahami. 

Aku terfikir.. kenapa aku jadi mcm tu ye? kenapa org layan aku mcm tu ye? apa salah aku? kenapa Allah menduga aku sampai begitu sekali ye? entah lah.. soalan2 ni mungkin tiada jawapannya. Aku cuma x faham kenapa manusia di dunia ni sangat mementingkan rupa paras. Aku seorang gadis yg di lahirkan cukup sempurna fizikalnya, berkulit hitam manis or sawo matang? haha which one ye aku sendiri x pandai menilainya, dan mempunyai tanda lahir di mata kiri. 




Adakah kerana tanda lahir yg di anugerahkan Allah ni yg membuatkan org x berapa nak kawan dgn aku???? 
Salah aku ke benda ni wujud?
Aku ke yg mintak semua ni jadi kat aku? 
Cacat ke aku ni??? 

Bertahun2 sejak aku kecik sampai lah dewasa ni soalan2 ni x pernah terjawab. Puas aku fikir ape sebenarnya pandangan org terhadap aku, dari segi sifat dan sikap aku. Aku percaya, kerana benda2 mcm ni la yg buatkan semua org x nak kawan dgn aku dulu terutamanya boys! 

Year by year.. hidup pun mula berubah. Sejak aku berjodoh dgn Syazana Yusoff, dia lah sokongan aku, kekuatan aku, pendorong aku utk jadi yg lebih baik. Aku yg sekarang seorang yg x berapa kisah dgn apa yg org kata, tabah, berdikari, dah x lah merendah diri sangat,  berani lah jugak, berpendirian lah jugak, boleh fight back ats pembuli2 yg cuba membuli aku, tapi still kekok berkawan dengan lelaki, dan yg paling penting aku dah jarang menangis. 

Yes, aku sedar yg aku sekarang jarang menangis. Sejak aku putus hubungan dengan 'AA' tahun lepas, hidup aku bertambah baik. Sampai ke hari ini aku x ingat bila masa aku menangis. Hubungan aku dengan family pun bertambah baik tahun demi tahun lepas arwah ayah meninggal dunia enam tahun lepas.  

Aku sekarang happy dengan cara aku sendiri. Aku bebas buat apa saja dan berkawan pun okay. Tapi yg x best masih x faham kenapa aku susah dpt kawan lelaki.. haha ape lg la boyfriend. Mungkin sebab aku masih kekok dan x tahu mcm mne berkawan dengan lelaki kot. Sumpah x tahu!  

Ah lantaklah. Aku percaya pada qada dan qadar Allah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan, semua kat tangan Allah. Insya Allah jika sampai seru bertemulah aku dengan jodoh yg telah pun Allah tentukan. Yang penting skrg aku enjoy being myself. Alhamdulillah. 

I love my parents
I love my siblings 
I love my friends especially Syazana Yusoff  
and..
for sure la aku syg diri sendiri!

Thank you Allah, Alhamdulillah hirobbil alamin. ^_^ 

Eh2 panjangnya membebel.. hehe bye~