Sunday 21 July 2019

Blog yang dah bertahun berhabuk bersawang dan berrrrrmacam-macam.

Hi blog... berhabuknya sejak last entry tahun 2014 dulu. Hahaha! 😆


Dah tahun 2019 dah. Zaman mula-mula buat blog ni zaman kegilaan blogger. Orang sibuk buat blog, aku pun sibuk la jugak nak buat blog. Lepas tu entry entah hape-hape entah. Hahahaha! Actually aku pun naik lupa dah pasal kewujudan blog ni. Tengah bosan-bosan hujung minggu tak ada buat apa.. tengok K-drama. YES!! masih layan K-drama ye.. Masih! layan sampai bosan. 

Tiba-tiba aku saja la kan search nama sendiri kat pakcik google ni. Nak tengok la ada apa info pasal diri sendiri. Tup-tupp ehh?? ada blog laa. Hahahhaa! Lamanya. Pergi la baca entry zaman tok kaduk dulu kala tu. Masya Allahhhh!!!! malunyaaa. Entah apa-apa la merepek. Paling tak boleh blah posting pasal EX-Buaya-friend. Hahaha!





Sorry lah ye.. entry tu dah delete dah! tak sanggup aku baca lagi dan membiarkan ia dibaca oleh orang-orang lain jugak. huhhh!

So, aku kemas la balik blog ni bagi helok sikit dipandang. Lagi satu aku tengok entry aku dulu dah macam buat karangan esei lebih 360 patah perkataan. SPM dulu aku rasa macam susah je nak sampai lebih-lebih. Hahaha!

Kawan sis pun terkejut badak baca entry aku dah macam karangan Bahasa Melayu katanya. Sedih betul lah kau ni Niesa. Hahaha!


Done menggelakkan diri sendiri. It's okay. Bak kata Cik Epal gonjeng kan.. bukan senang nak menulis ni. So sekarang aku faham benar lah macam mana keadaannya. 

Aku  respect gila lah kat semua blogger yang dah berjaya tu. Kepala otak geliga depa tu yang naikkan depa kan.. So kat sini aku pun belajar lah sesuatu. Macam mana gaya penulisan seseorang dulu dan sekarang bergantung kepada daya pemikiran orang tu jugak. 

So, this is my first entry in this year 2019.  I'm gonna share more things in my next entry. 

Sebenarnya kan.... aku memang suka menulis dan meluahkan rasa dari kecik lagi. Zaman kecik-kecik dulu aku ada diari taw. Haha... zaman tu rasanya kebanyakan orang memang akan ada diari, Kat dalam diari tu lah semua rasa isi hati aku.. suka duka aku.. apa yang aku lalui semasa aku sedang dalam fasa membesar ke alam remaja. 

Sekarang diari tu pun aku dah tak tahu kemana. Mungkin aku dah bakar dah dulu kot. Sebab diari tu banyak story pasal kisah duka je.

After all, it is indeed a beautiful memories of my life. 

Ingat! The best teacher for people is the life experience it self. 

Salam hujung minggu.