Wednesday 25 September 2013

rumah atau kereta??????

Assalamualaikum...


Apakah keutamaan anda? rumah atau kereta? kalau di berikan pilihan seperti ini, sudah tentu saya akan memilih untuk memiliki sebuah rumah terlebih dahulu. 

Rumah merupakan suatu aset yang paling penting yang harus diutamakan. Heheh.. 




Menurut pendapat mama saya, lepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik, kita mesti lah berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu. Saya setujuuu!!!

Dunia semakin maju, manusia era ini saling berlumba - lumba untuk mendapatkan aset yang penting dalam kehidupan mereka iaitu kewangan, rumah, kemudahan yang baik dan lain - lain. Bagi saya, selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, saya akan mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu. 

Seperti yang saya fahami, harga atau nilai sesebuah rumah itu semakin hari semakin meningkat tinggi. Hal ini lazimnya berlaku di kawasan bandar yang terdapat kemudahan yang mudah didapati. Jika saya memilih untuk membeli kereta terlebih dahulu, harta atau nilai sesebuah kereta itu akan menurunDalam masa yang sama, harga atau nilai rumah pula akan semakin tinggi. Justeru itu beban kewangan saya akan bertambah kerana harus mengumpul lebih wang untuk memiliki sebuah rumah selepas memiliki sebuah kereta. Huhuhu~



Kereta idaman mama n arwah ayah saya.. Hehehee~ : P



Seperti yang kita lihat, semakin hari teknologi semakin canggih dan para peniaga berlumba - lumba untuk mencipta dan mengeluarkan design produk mereka yang terbaru. Lumrah manusia pula yang sukakan pada sesuatu teknologi yang lebih baik. Siapa lah yang tak mahu memiliki kereta yang lebih baik jika mereka mampu kan?? model kereta yang sebelumnya sedikit sebanyak pasti akan jatuh nilainya. Tidak seperti rumah yang semakin hari semakin tinggi nilainya.






Selain itu, jika telah tiba waktunya untuk saya bersuami kelak, tak lah saya susah payah memikirkan hal rumah. Senang cakap, kalau saya ada kereta dahulu, saya nak duduk di mana kalau dah berumah tangga kelak? tak kan nak tumpang ibubapa atau mertua kan? atau tak kan nak tinggal dalam kereta kan? hahaa.. lebih baik ada rumah sendiri.  Saya boleh menaiki kenderaan awam atau menunggang motosikal ke tempat kerja. Dalam masa yang sama, saya dapat menyokong kempen kongsi kereta atau sokongan terhadap penggunaan kenderaan awam yang telah kerajaan kita sediakan di samping dapat membantu menurunkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh asap - asap kenderaan yang semakin meningkat di negara ini. Hehehe saya memang penunggang motosikal pun.. dan saya lebih suka menunggang motor dari memandu kerata sebab saya tak sukakan stress di atas jalan raya. Menunggang motosikal juga dapat menjimatkan masa dan cepat sampai ke destinasi. 



Motorbike idaman nihh.. hehehh.. 




Haahhhhh~~ itulah pendapat dan pilihan saya selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan kelak. 



~ Thank You ~

^_^





Wednesday 18 September 2013

impian~~~

Assalamualaikum...

Impian~ impian~ impian~ Hmmm..
Sebut saja perkataan ini, fikiran terus menjadi buntu.. Apa sebenarnya yang harus saya katakan tentang sesuatu yang disebut sebagai impain?????

Saya seorang yang suka berterus terang, jadi saya akan berterus terang menyatakan bahawa saya tidak mempunyai impian yang begitu mendalam terhadap sesuatu. Apa pun, saya cuba untuk fikir apakah IMPIAN saya. Ini merupakan satu cabaran kecil nihh... 

Setelah di fikirkan, antara impian saya ialah :

1.     Saya mempunyai masalah yang berlarutan sejak di bangku sekolah lagi iaitu English Language. Saya menghadapi masalah begitu sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa tersebut. Setiap kali saya melihat orang-orang yang fasih dalam berbahasa Inggeris ni, saya jadi malu sangat bila hendak berhadapan dengan mereka. Hati ini sangat berdebar dan risau bila perlu berhadapan dengan orang sewaktu membuat presentation. Terasa diri ini kerdil sangat. Jauh di sudut hati saya mempunyai impian untuk menjadi seperti mereka yang handal berbahasa Inggeris. Saya terasa fikiran saya ini susah benar untuk meningkatkan kualiti bahasa tersebut. Inilah masalah dan impian yg paling besar dalam diri saya.

2.     Impian saya seterusnya ialah untuk mendapatkan anugerah dekan walaupun hanya sekali. Alhamdulillah untuk dua semester yang lepas, saya berjaya untuk meningkatkan CGPA saya tapi masih tidak dapat capai impian. Untuk semester yang akhir-akhir ini, saya akan berusaha keras untuk cuba mendapatkan anugerah dekan.

3.     Saya merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Saya mempunyai seorang ibu dan ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2008 iaitu pada tahun saya harus menduduki SPM. Keluarga kami tidak senang seperti mana keluarga kawan-kawan yang lain. Walaupun kami susah tetapi alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah kewangan yang serius. Rumah yang kami duduki ialah satu-satunya peninggalan arwah ayah. Rumah tersebut adalah hasil titik peluh arwah ayah saya membinanya. Rumah itu semakin dimamah usia lantaran kayu-kayu yang digunakan adalah daripada kayu-kayu murah hasil lelongan penjual kayu pembuat rumah dahulu. Jadi, impian saya adalah untuk mendirikan rumah yang lebih baik untuk keluarga saya suatu hari nanti agar mama dan adik beradik saya dapat tinggal dalam keadaan yang lebih baik dan lebih selesa seperti orang lain. Oh yang pasti saya haruslah dapatkan pekerjaan dahulu.. kumpulkan income dan jalankan impian. ngeh3... ^_^

4.     Impian yang ini memang impian semua wanita lah. Hehe..
Saya ingin mendirikan rumahtangga kalau boleh sebelum umur saya beranjak ke 24 tahun. Ini juga merupakan impian mama saya. Okay, buat masa ini saya tidak mempunyai kawan istimewa dengan mana-mana lelaki. Tetapi saya sedang cuba untuk menyediakan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami saya kelak. Siapa pun dia saya tidak mengetahuinya tetapi saya pasti akan ketentuan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya percaya yang Allah sudah pun menentukan jodoh untuk setiap hambanya. Jadi, saya hanya perlu untuk bersedia dan menunggu takdir itu tiba. 


Huhhh~~ itulah antara impian saya. Hahaa..
Dalam banyak-banyak impian yang saya fikirkan, soal cita-cita itu saya tak dapat nak cerita lah. Sejak kecil lagi, saya tak tahu pekerjaan apa dan bagaimana yang saya dambakan. Saya hanya ikut sahaja apa yang terbaik untuk saya. 

That's all ! Sorry sir saya merepek panjang sangat.. hehe.. 
Thank you. ^_^



Wednesday 11 September 2013

Kelas memasak

Assalamualaikum... : )


Syukur Alhamdulillah saya masih lagi di beri nikmat hidup, bernafas dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah atas keputusan peperiksaan akhir semester lepas yang boleh dikatakan baik bagi saya kerana ada peningkatan terhadap CGPA. 

Sudah dua bulan saya tak update blog ni. Hari ini terdapat sikit kesempatan untuk saya menggerakkan jari jemari ini menconteng sesuatu di sini. Hihihi... ^_^

Sejak bulan lalu, saya sebagai anak dara sulung Puan NoorAini Bajuri, WAJIB hadirkan diri ke kelas memasak! bertempat di rumah saja laa. Okay... hari ini saya masak sayur brokoli dan cendawan goreng, sambal belacan dan telur dadar. Emmm~~ sedap! hihihi