Saturday 30 March 2013

Teman pengganti

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera.. today tiba2 je aku terfikir nak jenguk dia. Lalu aku taip la namanya di Google. I saw his twitter. Then, aku pun tgk lah. Even dia da unfollow aku tapi he forgot that I still follow him. Aku nampak lah dia punya tweet.. sounds like this "love you too my heart". Dah ada pengganti aku la tu. 


A word from me: CONGRATULATIONS ^_^


Wahai insan yg bernama, mungkin anda tidak berjaya melupakan aku tapi anda berjaya menggantikan cinta anda. Wahai anda yg pernah ku sayangi, aku harap kali ni kau betul2 lah jaga hati dia. Setiap wanita itu berbeza. Sikap dan pemikiran juga berbeza. Jangan kau ulangi apa yg pernah kau lakukan pada aku dan bekas kekasih2 yg dulu. Aku benar2 berharap kau dapat berubah sepenuhnya, bukan sementara. 


Biarlah aku menjadi wanita terakhir yg kau sakiti. Jangan kau lukai hati dia yg mencintaimu setulus hati. Dia x bersalah, jangan kau hukumi dia. Semua yg berlaku adalah kehendak-Nya. Kita hanya mampu merancang, tapi Dia lah yg menentukan segalanya. Jangan kau biarkan pisang berbuah seribu kali. Jagalah hati dan cintanya, jangan kau biarkan hati dan cintanya berakhir luka seperti aku yg x dpt lg kau ubati. 


Wahai khalifah di bumi Allah, harap kau dpt berubah menjadi yg lbh baik. Ingat solat 5 waktu mu, jaga perbatasan akhlakmu, tingkatkan ilmu akhiratmu, siapkanlah diri, utk kemudian hari. 


Aku berharap agar kau terus gembira dan bahagia di samping org baru yg di sayangi. Alhamdulillah, mungkin Allah dah qabulkan permintaanku utk kebahagiaan dan kegembiraan kau. 


Akhir kataku, sejuta maaf di pinta andai hatimu masih lg terluka. Harap cinta baru dpt ubati hatimu. 


Hatiku?? biarkanlah begini. Aku dah lama memaafkan kesemua salah dan silap kau padaku. Tapi kenangan bersama kau tetap di ingatanku. Terima kasih di atas segala budi baik yg kau berikan. 



Tahniah~~ hihi :) 


Thursday 28 March 2013

School break, yeah !

Assalamualaikum...


School break started.. yayyy!! itulah perasan bagi adik2 yg masih bersekolah. Hihi teringat pulak zaman sekolah dulu2, cuti je happy sbb bole main dgn kwn2, x belajar dlm seminggu, dan paling best dpt pergi bercuti bersama family! Haa.. inilah kisah percutian di hari pertama bermulanya cuti sekolah iaitu pada hari Sabtu semlm bersamaan 23 Mac 2013. 






Kitorang pergi PD !!! PORT DICKSON. Memandangkan dah lama sgt adik2 aku x bercuti dan mandi pantai, so aku dgn Cik Syazana my bff with her boyfriend, planning utk kesana. Seminggu menanti dan akhirnya hari yg di tunggu2 pun tiba. Dari awal lg aku memang x bagi tahu adik2 aku yg kecik2 tu pasal ni. Aku tipu.. aku ckp yg kita bersiap2 utk hantar aku balik asrama kat Johor.. kikiki. Adik busuuu aku pun terpercaya, die pun mula buat muka sedih sbb die fikir yg aku betul2 akan tinggalkan die utk ke Johor.

Allah maha besar. Apa yg dirancang x berjalan dgn sebaiknya. Mcm2 dugaan dtg menguji kesabaran aku. Haha time tu la pulak haid aku nak dtg.. emo semacam! hari yg sgt chaos aku rasa. awal2 pagi aku bgn pukul 5.30 pagi utk tolong mama aku prepare apa yg patut. Pukul 8 pulak aku da kene pergi ambil kereta yg aku sewa utk hari tu. Oh ya, kami pergi PD tu dgn dua buah kereta.. satu kereta mama, satu lg kereta sewa. Haha aku lah yg kene cari. 

Okay after that, da ambil kereta tu aku kene pulak temankan mama aku pergi SMK Seksyen 24 utk ambil agihan BR1M. Fuhhh~ nasib baik x lama sgt. Alhamdulillah lah ade rezeki. Balik dari sekolah tu, ingatkan bole terus gerak. Tapi terpaksa tunggu sekejap pulak sbb adik lelaki aku ni rajin sgt pergi tolong kwn dia yg tiba2 accident. Arrrgghh aku da mula naik angin da. 

Lepas Dia balik, kami pun terus gerak lah. Ha, satu lg masaalah.. lupa nak bincang with each other. Orang2 yg drive ni pakai jalan je. Lepas tu da kelam kabut takut terpisah. Ini pun buat aku geram jugak. Okay fine, da settle hal tu terus la drive. Ingatkan da x ada apa2 rintangan lagi, rupa2 nya ada lagi. 

Traffic congestion kat highway utara-selatan kot kalau x silap aku lah. Hehehe aku memang x pernah ingat nama highway tu kesas ke NKVE ke apa kan. Bukan main sesak lagi tu.. panjang sgt. Dari Nilai sampai dekat ke Seremban. perjalanan yg sepatutnya memakan masa lebih kurang hanya satu jam lebih dan meleret hingga ke dua jam lebih. Haha ni da bole betul2 sampai ke Johor dah ni. Traffic congested di sbbkan accident. Memang hari tu bnyk pulak kereta yg dihentam dan menghentam. Hai sabar je laaa...

Setelah lama di dlm perjalanan, sampai la jugak ke PD. Memandangkan cuti sekolah da bermula, memang ramai la org yg dtg membawa anak2 mereka utk berkelah seperti kami. Susahnya mencari parking! akhirnya dpt jugak. Wah bukan main excited lagi adik2 aku tu bila dpt ke pantai. Memang kami have fun la lepas tu.



 
My family & My friend


Ha! sebelum mandi pantai, aku baru teringat yg aku terlupa utk bawa tudung spare utk aku balik nanti. Huhu.. terpaksa la aku mengeluarkan duit sikit utk beli tudung yg di jual di situ, aduh.. mahal pulak tu! Haha bkn tudung saje yg di beli, tiba2 terrrbeli baju PD. Pelaburan laaagi.. nafsu2! Haha lepas tu terus cepat2 pergi dari situ, takut terrrbeli lagi. Dah dpt apa yg perlu, kami pun bersuka ria lah bermain air, menaiki banana boat, bermain pasir dan ada juga yg berenang. Kuak lentang! kikiki. Tiba2 teringat pulak kejadian dua tahun lepas di mana aku hampir lemas di sini ketika seronok bermain air bersama kawan2 semasa trip kami sekelas time diploma dulu. Syukur lah ada seorang kawan aku yg perasan dan menyelamatkan aku dgn menolak ke tepi pantai. Thanks to that person, I still alive. Sejak tu memang aku lebih berhati2 dan x kan pergi jauh sgt dari pantai. Huhu~









Dah puas main air, masa pun mencemburui kami. Siap2 lah utk pulang. : ( 
Dalam perjalanan pulang tiba2 hujan turun dgn lebat sekali. okay the driver pun berhemah ketika memandu. Bagusss. Sekali lagi, traffic congestion. Ingatkan balik da lapang, rupanya ada lagi. Accident jugak kesnya. aduhh.. nasib baik da balik kan. 



       Makan dulu sebelum balik !


 
Penat sgt la tu main air



                                                                                                   Memang x ada keje lain, huh!  




Hahh~ seharian tu memang kelam kabut, memang emo, memang terkejar2. Tapi plan alhamdulillah tetap menjadi. Kalau x jadi memang ribut lah hati aku.. huhu. Apa2 pun kami happy tetap happy!






Kita yg merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. Selamat bercuti! upss tapi aku x cuti. Kelas seperti biasa.  ^_^






My lovely mama!

Adiosss! ^_^

Saturday 23 March 2013

Seniman Tan Sri P. Ramlee

Assalamualaikum...

22 Mac 1929, lahirnya seorang seniman negara yg bergelar Tan Sri P. Ramlee. Siapa yg tidak mengenali beliau? sebut sahaja P. Ramlee pasti semua org kenal akan bintang klasik yg penuh bakat ini. P. Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria yg dilahirkan pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, 1 Syawal ketika khatib sedang membaca khutbah dari raya di Masjid Couter Hall Pulau Pinang. Bapanya bernama  teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim dan ibunya berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang bernama Che Mah binti Husin.  Tarikh lahir sebenar beliau masih menjadi tanda tanya. Ini kerana apabila kita mengkaji sepadanan tarikh masihi dan tarikh hijrah, tanggal 22 Mac 1929 itu sebenarnya tidak bersamaan dengan 1 Syawal. (pramlee.freetzi.com). 





Pasti semua org pernah menonton filem dan cerita2 yg menayangkan watak yg dibawa oleh seniman ini. Cerita2 yg bertajuk Pendekar Bujang Lapok, DoReMi, Laksamana Hang Tuah, Musang Berjanggut, Penarik Beca, Ahmad Albab, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan lain2 sungguh menyentuh hati dan minat para penonton. Budak2 kecil zaman sekarang pun dapat mengenali dan meminatinya walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini. Ini membuktikan yg P. Ramlee memang sangat berbakat dlm bidang seni. Kebanyakan filem dan cerita yg dilakonkan oleh beliau banyak membawa maksud tentang kehidupan dan pengajaran yg patut kita ambil daripadanya. 



                Pendekar Bujang Lapok





Anakku Sazali





                                                                                                             Musang Berjanggut


Tan Sri P. Ramlee, namamu disanjung, budimu di kenang. Dirimu menjadi suatu inspirasi, Pergimu tiada ganti.  











Aku juga peminat P. Ramlee. Sekian. 
^_^

Friday 22 March 2013

Tahun Baru, Semester baru, dan My Mydin

Assalamualaikum...

Hahh~~ sgt lama rasanya aku x update blog yg dah bersawang ni. Sejak akhir tahun lepas lagi, aku memang niat nak menulis sesuatu kat sini tp bertangguh pulak. Haha maklumlah hujung tahun kan musim tengkujuh.. hujan saje! tidur je lah. memang membuatkan malas aku menjadi2. Skrg da bulan ketiga dlm tahun baru ni.. kepanasan mula melanda. membuatkan aku susah pulak nak tidur. Semester pun baru bermula, assignment pun belum melambak lagi, so ade lah waktu sikit utk aku makeover blog ni. 

Tidak seperti sebelumnya yg aku rasa agak messy, kali ni aku buat blog aku nampak lebih simple dan lapang. After doing some makeover, aku pun buang la older post yg aku rasa x perlu da kot nak tayang. Let bygone be bygone~ I wish you always happy. Peace yaw. :)

Actually aku ni sedang kebosanan. Minggu ni aku bnyk free time.. sbb ape? haha semua lecturer yg mengajar aku subjek retailing x ada, so banyaklah kelas terpaksa di batalkan. Tapi... practical kat My Mydin tetap berjalan seperti biasa. 

Yes.. this semester I kene practical jaga My Mydin in 2 hours and once a week. Tapi aku bukan kene jaga sorang2 sebaliknya in group lah. As usual, with my friends since Diploma lagi.. Ezzati Zamri aka Zati Buntal and her boyfie, Faizzzzz. Dalam banyak2 job experience yg pernah aku lalui, jaga My Mydin ni lah aku rasa paling neraka sekali! huh! Bosaann. 

Sebab apa aku kata bosan? yelah.. da la My Mydin tu kecik je, nak jaga ramai2. Dah tu.. lepas satu group balik, satu group lain pulak dtg.. kene ikut schedule yg dah di berikan. Bayangkan satu kedai tu, yg jaganya ramai. Nasib baiklah course retail management ni cuma ada dua kelas saje. memang pack la schedule die kan. Kalau x kerana course requirement, x involve carry mark aku.. x nak aku jaga. Tapi x pe.. I will do my very best to give good customer services as well as kesabaran aku menghadap lecturer2 yg mulut 'longkang'. heheh!

Bercakap tentang lecturer2 mulut 'longkang', ya memang ramai yg begitu. Setakat ni aku x jumpe lagi lah, tapi senior2 da berkata begitu. Ini memang menguji kesabaran dan professionalism. As a retailer, or bakal manager, aku kene practice la benda2 yg positive. Remember the term "customer is always right". Dia condemn kita macam mana sekalipun, senyuman dan perkataan SABAR harus bermain2 di ingatan. Haha selain tempat tu, memang aku da hentam balik da customer2 macam ni.  

Like other trainee kat luar sana, kami pun di minta utk memakai uniform 'taik cicak' iaitu baju kemeja berlengan panjang berwarna putih, tudung kosong berwarna putih tanpa batu bata, seluar slack berwarna hitam serta kasut hitam yg bertutup. Oleh kerana warna uniform ni sama dengan warna pakaian bagi student Law, lecturer2 Law ramai yg memandang rendah dan mengatakan student retail meniru student mereka. Hahh~ x apalah, ini semua bukannya poyo.. tapi cabaran buat aku yg bergelar student of retail management.

Hari sudah jauh malam.. sudah tiba masanya utk beta beradu. Adios. ^_^