Wednesday 6 November 2013

Salam Tahun Baru 1435 Hijrah

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1435. Alhamdulillah saya berasa sungguh bersyukur kerana masih merasa nikmat hidup di dunia ini dan melangkah ke tahun yang seterusnya. Sebagai seorang muslim, kita harus tahu dan dalami erti penghijrahan dalam kehidupan. Setiap orang Islam mestilah memahami dan menghayati erti Hijrah yang sebenar. 


Secara bahasa, hijrah bererti berpindah tempat. Adapun secara syar‘i, para fukaha mendefinisikan hijrah sebagai: keluar dari darul kufur menuju Darul Islam. (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276).


 Selain makna hijrah di atas, setiap manusia itu sendiri harus ada erti hijrah dalam diri mereka sendiri termasuklah saya sendiri. Pada pandangan saya, Hijrah itu bererti perubahan. Perubahan disini bermaksud perubahan dari segi tingkah laku, pemikiran, sikap dan pertuturan daripada negatif kepada positif. Perubahan yang saya maksudkan adalah penghijrahan seseorang kepada yang lebih baik. 


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari)


Saya sendiri pun mempunyai azam dalam diri ini untuk berhijrah ke arah yang lebih baik daripada keadaan sekarang. Saya sedar yang saya memang terlalu banyak melakukan dosa. Melakukan dosa itu memang menyeronokkan tapi disebalik dosa itu hukuman yang bakal diterima itu sedang menanti selagi mana kita tidak bertaubat.


Kalau kita dah terbiasa melakukan dosa, untuk berubah dan stop buat dosa itu memang saaaaangat susah. Ianya memerlukan ketabahan hati yang begitu kuat. Kadang-kadang kita boleh tahan diri dari melakukan dosa. Tapi kita hanya manusia biasa yang mempunyai banyak kekurangan yang akhirnya  kalah.


Jauh di sudut hati saya yang terdalam, selalu mengharapkan dan membayangkan saya yang lebih baik. Setiap hari saya berdoa agar saya diberikan kekuatan dan ketabahan serta hidayah dari Allah untuk saya hijrah sepenuhnya ke arah kebaikan.






Terima Kasih ^_^

Wednesday 2 October 2013

Deliciousssssss Food I have ever eat !

Assalamualaikum...


I am very sure that all people have an experience in eating a very delicious food at any food restaurant. I also have that experience. 

Yeaahhhhhhh!! let me speak in Bahasa Melayu!! Aku wong jowo orak iso speaking Londonnnn.. maksudnya, saya orang jawa tak tahu speaking london. kahkahkah... : D


Pada tahun lepas, saya dan kawan-kawan sewaktu diploma di Segamat dulu pergi ke Sunway Pyramid utk bersuka ria setelah lama tidak bertemu. Jalan.. jalan.. jalan.. tiba-tiba perut pun mula kelaparan. Kami bercadang untuk berkunjung ke satu restaurant di situ...




Saya ni bukanlah jenis orang yang suka mengisi perut di tempat-tempat yang mahal harganya.. cukup sekali sekala untuk mendapatkan experience tu sudah lah. Saya seorang yang sangat sempoi~ 
makan di kedai tepi jalan pun boleh jerr.. hihi ;)


Okay back to the story td..
Mula-mula tu we all takut and segan nak masuk ke dalam restaurant tersebut kerana environment yang sangat cantik. Dekorasi yang menonjolkan image restaurant mahal dan layaknya untuk middle to high-income level customer lah gayanya. Waiter and waitress dia pakai costume yang comei-comei macam Japanesse Anime gitu. Then, We all decide untuk masuk jugak resaturant tu... agak kekok jugak la bila masuk ke restaurant tu. Hehehee~~ : P








Menu pun diberikan. Tambah kekok la kami bila nak pilih makanan. At last.. kami pun pilih makanan yang senang untuk di makang. Saya memesan Seafood spaghetti sebagai satu-satunya menu untuk saya mencekik dan strawberry shake sebagai penghilang dahaga. Emm~~ Yummy!! ^_^




Sedapnyeeeeeee... Itadakimasssssssss!! jemput makan!! yok mangan yok!! : D



This is the delicious food I have ever eat!! memang sedap la bagi tekak saya. Mana tak sedapnya kalau dah mahal harganya kan?? haha

Memang sekali tu je lah saya merasainya.. sebab mahal sangat! Bagi saya orang yang kurang berkemampuan ni, harganya memang mahal lah.. Tapi tidak bagi mereka yang 'beruang' Hehehe..Sampai sekarang, saya masih lagi terimbau-imbau kesedapan rasanya. Terliur saya setiap kali mengingatnya. NAK LAGIIIIIIIII !!

Kalaulah ada recipe dia kan bagus. Boleh masak sendiri di rumah. Tapi malangnya recipe tu SECRET! Huhuu~


By the way, having an experience at FullHouse Restaurant memang awesome.. 

Nice environment..
Good services..
Delicious and Bombastic food! 
and kopak poket saya~  Heh heh.. 





Okay lah.. Saya harap dapat makan lagi di FullHouse satu hari nanti. 



Bye~ Zaijian~ Sayonara~ Adios~ Assalamualaikum~   ^_^




Wednesday 25 September 2013

rumah atau kereta??????

Assalamualaikum...


Apakah keutamaan anda? rumah atau kereta? kalau di berikan pilihan seperti ini, sudah tentu saya akan memilih untuk memiliki sebuah rumah terlebih dahulu. 

Rumah merupakan suatu aset yang paling penting yang harus diutamakan. Heheh.. 




Menurut pendapat mama saya, lepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik, kita mesti lah berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu. Saya setujuuu!!!

Dunia semakin maju, manusia era ini saling berlumba - lumba untuk mendapatkan aset yang penting dalam kehidupan mereka iaitu kewangan, rumah, kemudahan yang baik dan lain - lain. Bagi saya, selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, saya akan mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu. 

Seperti yang saya fahami, harga atau nilai sesebuah rumah itu semakin hari semakin meningkat tinggi. Hal ini lazimnya berlaku di kawasan bandar yang terdapat kemudahan yang mudah didapati. Jika saya memilih untuk membeli kereta terlebih dahulu, harta atau nilai sesebuah kereta itu akan menurunDalam masa yang sama, harga atau nilai rumah pula akan semakin tinggi. Justeru itu beban kewangan saya akan bertambah kerana harus mengumpul lebih wang untuk memiliki sebuah rumah selepas memiliki sebuah kereta. Huhuhu~



Kereta idaman mama n arwah ayah saya.. Hehehee~ : P



Seperti yang kita lihat, semakin hari teknologi semakin canggih dan para peniaga berlumba - lumba untuk mencipta dan mengeluarkan design produk mereka yang terbaru. Lumrah manusia pula yang sukakan pada sesuatu teknologi yang lebih baik. Siapa lah yang tak mahu memiliki kereta yang lebih baik jika mereka mampu kan?? model kereta yang sebelumnya sedikit sebanyak pasti akan jatuh nilainya. Tidak seperti rumah yang semakin hari semakin tinggi nilainya.






Selain itu, jika telah tiba waktunya untuk saya bersuami kelak, tak lah saya susah payah memikirkan hal rumah. Senang cakap, kalau saya ada kereta dahulu, saya nak duduk di mana kalau dah berumah tangga kelak? tak kan nak tumpang ibubapa atau mertua kan? atau tak kan nak tinggal dalam kereta kan? hahaa.. lebih baik ada rumah sendiri.  Saya boleh menaiki kenderaan awam atau menunggang motosikal ke tempat kerja. Dalam masa yang sama, saya dapat menyokong kempen kongsi kereta atau sokongan terhadap penggunaan kenderaan awam yang telah kerajaan kita sediakan di samping dapat membantu menurunkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh asap - asap kenderaan yang semakin meningkat di negara ini. Hehehe saya memang penunggang motosikal pun.. dan saya lebih suka menunggang motor dari memandu kerata sebab saya tak sukakan stress di atas jalan raya. Menunggang motosikal juga dapat menjimatkan masa dan cepat sampai ke destinasi. 



Motorbike idaman nihh.. hehehh.. 




Haahhhhh~~ itulah pendapat dan pilihan saya selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan kelak. 



~ Thank You ~

^_^





Wednesday 18 September 2013

impian~~~

Assalamualaikum...

Impian~ impian~ impian~ Hmmm..
Sebut saja perkataan ini, fikiran terus menjadi buntu.. Apa sebenarnya yang harus saya katakan tentang sesuatu yang disebut sebagai impain?????

Saya seorang yang suka berterus terang, jadi saya akan berterus terang menyatakan bahawa saya tidak mempunyai impian yang begitu mendalam terhadap sesuatu. Apa pun, saya cuba untuk fikir apakah IMPIAN saya. Ini merupakan satu cabaran kecil nihh... 

Setelah di fikirkan, antara impian saya ialah :

1.     Saya mempunyai masalah yang berlarutan sejak di bangku sekolah lagi iaitu English Language. Saya menghadapi masalah begitu sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa tersebut. Setiap kali saya melihat orang-orang yang fasih dalam berbahasa Inggeris ni, saya jadi malu sangat bila hendak berhadapan dengan mereka. Hati ini sangat berdebar dan risau bila perlu berhadapan dengan orang sewaktu membuat presentation. Terasa diri ini kerdil sangat. Jauh di sudut hati saya mempunyai impian untuk menjadi seperti mereka yang handal berbahasa Inggeris. Saya terasa fikiran saya ini susah benar untuk meningkatkan kualiti bahasa tersebut. Inilah masalah dan impian yg paling besar dalam diri saya.

2.     Impian saya seterusnya ialah untuk mendapatkan anugerah dekan walaupun hanya sekali. Alhamdulillah untuk dua semester yang lepas, saya berjaya untuk meningkatkan CGPA saya tapi masih tidak dapat capai impian. Untuk semester yang akhir-akhir ini, saya akan berusaha keras untuk cuba mendapatkan anugerah dekan.

3.     Saya merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Saya mempunyai seorang ibu dan ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2008 iaitu pada tahun saya harus menduduki SPM. Keluarga kami tidak senang seperti mana keluarga kawan-kawan yang lain. Walaupun kami susah tetapi alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah kewangan yang serius. Rumah yang kami duduki ialah satu-satunya peninggalan arwah ayah. Rumah tersebut adalah hasil titik peluh arwah ayah saya membinanya. Rumah itu semakin dimamah usia lantaran kayu-kayu yang digunakan adalah daripada kayu-kayu murah hasil lelongan penjual kayu pembuat rumah dahulu. Jadi, impian saya adalah untuk mendirikan rumah yang lebih baik untuk keluarga saya suatu hari nanti agar mama dan adik beradik saya dapat tinggal dalam keadaan yang lebih baik dan lebih selesa seperti orang lain. Oh yang pasti saya haruslah dapatkan pekerjaan dahulu.. kumpulkan income dan jalankan impian. ngeh3... ^_^

4.     Impian yang ini memang impian semua wanita lah. Hehe..
Saya ingin mendirikan rumahtangga kalau boleh sebelum umur saya beranjak ke 24 tahun. Ini juga merupakan impian mama saya. Okay, buat masa ini saya tidak mempunyai kawan istimewa dengan mana-mana lelaki. Tetapi saya sedang cuba untuk menyediakan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami saya kelak. Siapa pun dia saya tidak mengetahuinya tetapi saya pasti akan ketentuan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya percaya yang Allah sudah pun menentukan jodoh untuk setiap hambanya. Jadi, saya hanya perlu untuk bersedia dan menunggu takdir itu tiba. 


Huhhh~~ itulah antara impian saya. Hahaa..
Dalam banyak-banyak impian yang saya fikirkan, soal cita-cita itu saya tak dapat nak cerita lah. Sejak kecil lagi, saya tak tahu pekerjaan apa dan bagaimana yang saya dambakan. Saya hanya ikut sahaja apa yang terbaik untuk saya. 

That's all ! Sorry sir saya merepek panjang sangat.. hehe.. 
Thank you. ^_^



Wednesday 11 September 2013

Kelas memasak

Assalamualaikum... : )


Syukur Alhamdulillah saya masih lagi di beri nikmat hidup, bernafas dan kesihatan yang baik. Alhamdulillah atas keputusan peperiksaan akhir semester lepas yang boleh dikatakan baik bagi saya kerana ada peningkatan terhadap CGPA. 

Sudah dua bulan saya tak update blog ni. Hari ini terdapat sikit kesempatan untuk saya menggerakkan jari jemari ini menconteng sesuatu di sini. Hihihi... ^_^

Sejak bulan lalu, saya sebagai anak dara sulung Puan NoorAini Bajuri, WAJIB hadirkan diri ke kelas memasak! bertempat di rumah saja laa. Okay... hari ini saya masak sayur brokoli dan cendawan goreng, sambal belacan dan telur dadar. Emmm~~ sedap! hihihi 


Saturday 15 June 2013

I'm Angry like an angry bird.. Haha

Assalamualaikum...

Hari ni group aku bersama group lain yg turut sama terlibat menjalankan rutin mingguan kami di My Mydin FBM, UiTM Shah Alam. Hari ni memang bnyk keje.. sbb tu la bnyk group yg terlibat. 


Tugas kami hari ini ialah mengemas dan menyusun atur merchandise dan barang2 yg ada di sekitar My Mydin. Awal pagi lg aku dan rakan2 lain kene susun kotak2 yg bnyk berserakan kat belakang kedai tu. lepas tu kami di tugaskan utk mengelap cermin kedai dan menyusun atur meja dan kerusi2 yg bersepah kat luar. Aku memilih utk menyusun meja dan kerusi seorang diri manakala kawan2 yg lain memilih utk mengelap cermin kedai dan menyapu sampah. habis semua meja dan kerusi tu aku susun elok2 kat tepi dinding. 


Baru aku nak duduk berehat sekejap, tiba2 si Akim kawan kelas aku sorang ni arah aku buat itu ini. Eh2 budak ni keje nak mengarah org pulak. Padahal dia tu duduk kat counter tu je jadi mandur!! x pe.. aku sabar je. Lepas tu aku pun buat la keje2 yg lain. Tolong kawan2 yg lain.


Kami dah siapkan keje kami.. so kami nak rehat sekejap! sambil borak2 di depan pintu. Customer pulak x ada masa tu.. so x salah lah kalau kitorang ni nak borak2 kejap kan. Waktu dah pukul 9:35 am masa tu. Si Akim ni dengki la aku rasa. Dia sebok sgt arah2 kami suruh panggil Izati iaitu Branch-in-charge (BIC) yg bertugas utk memantau kami di sini.. sbb dia nak balik pukul 9:45 am. Sedangkan kami sepatutnya hari tu balik pukul 10 am. 


Tak ada seorang pun antara kami yg ikut cakap dia. Ye lah SIAPA DIA nak arah2 org buat itu ini kan?? kami pun buat x endah je apa yg dia cakap sambil bergurau seketika. Tiba2 dia ni marah kat kami sbb x ikut cakap dia. PERRGGHH!!! Berapi gua cakap lu! PANTANG betul aku bila ade org mcm ni tiba2 nak marah! 


Aku memang benci kene marah. Lagi benci dan membuatkan temperature kemarahan aku naik menggelegak bila org yg x de hak tiba2 buat pasal mcm nih. Kalau ikutkan hati memang la aku nak tengking balik dia ni. Dia ingat kedai tu BAPAK dia punye ke sedap2 je nak arah2 org buat itu ini dan marah2 org mcm kuli dia pulak! Woii berapi perasaan ni !


Nasib la tgh bertugas dan keje ni involve carry mark aku. Sabar je lah.. Tapi aku x kan maafkan kau eh budak! Lepas tu bila Izzati tu masuk kedai utk take over jaga kedai tu.. si Akim ni cakap kami pulak nak balik awal. Haa??!! ni nak buat aku maki dia ni. Ish aku geram betul la dia nih! 

Akim!! memang kau aku x maafkan!! Lidah bercabang! 


Sekian!- Feeling Angry 

Friday 31 May 2013

Allergic

Assalamualaikum...

Uuh.. gataaaaalllllll !! mengerenyam rasanya tangan dan kaki aku ni. Hmhh! T_T
Awal cuti Hari Gawai ni aku ikut pergi camping di Tanjong Piai, Pontian. Camp Damai Alam namanya. Camp ni berlangsung selama empat hari tiga malam bermula dari hari sabtu 25 May 2013 sehingga Selasa 28 May 2013. Best giller ! tapi jadual pack sangat. Penat x terkata. 


Antara activity yg kami lakukan ialah rempuh halangan di dalam lumpur paya bakau. Perrgghh! mandi lumpur. Lepas tu activity kutip sampah di paya bakau. Best memang best tapi masaalah pulak kulit aku ni.


Balik je dari camp ni tangan dan kaki aku pun mula lah gatal2.. lepas tu meruam lah pulak. Aduuuhh mengerenyam lagi2 la malam hari. Memang nampak sangat la aku ni alah pada lumpur paya bakau dan alah pada gigitan nyamuk hutan. Nasib baik la xde lintah dan pacat. 


Haha kalau lah ade dua species tu.. alamatnye menjerit2 menangis nangis lah aku kat sane. Alhamdulillah syukur benda2 tu x ada. 


Ruam merah2 kat tangan dan kaki ni.. Taaaaa tahaaaaaaaannnn!! : (


Okay kejap lagi aku nak g klinik UiTM. Nak ambik rawatan dan ubat free.. heh heh heh! yela sebagai student UiTM ni kan.. harus lah gunakan opportunity yang ada ni dengan sebaiknya. Free kott.. kalau klinik lua tentu2 berbayar. Memandangkan sekarang pun poket ni dah kering kontang! menunggu duit zakat.. harap2 la dapat.. amiinnn!


Arrgghh gatalnye tangan dan kaki ni! Na gi klinik sekarang jugak! Gua cau dulu.. Adioos

Friday 3 May 2013

Aku!

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera, salam penghulu segala hari, salam Jumaat yg di berkati. Alhamdulillah satu lg hari yg indah masih dpt aku nikmati. Cuaca yg nyaman tp eh mne perginya matahari?? mungkin ade berselindung di balik awan kot. hehe ^_^

Nak ckp yg hari ni aku terlepas kelas. Kelas Costing pukul 8.00 am telah pun di batalkan, syukurlah bole bangun lewat sikit. Tapi kelas Managerial Economics pukul 10.30 am berjalan seperti biasa, malangnya aku terlajak bangun terus x pergi kelas. Huhuhu~ padahnya bangun lewat!

Merenung di luar tingkap, tiba2 aku teringatkan diri aku dahulu dan sekarang. Aku yg dulu seorang yg sangat merendah diri, begitu pendiam, sangat mudah tersentuh, bersendirian, tiada sokongan, sering mendapat cercaan dan ejekan, takut dan malu dengan lelaki, jarang ketawa, selalu berendam air mata, sering mengalah dan berserah. Ha ape lg sikap down yg x disenaraikan?? entah ye.. banyaklah! hanya Tuhan yg memahami. 

Aku terfikir.. kenapa aku jadi mcm tu ye? kenapa org layan aku mcm tu ye? apa salah aku? kenapa Allah menduga aku sampai begitu sekali ye? entah lah.. soalan2 ni mungkin tiada jawapannya. Aku cuma x faham kenapa manusia di dunia ni sangat mementingkan rupa paras. Aku seorang gadis yg di lahirkan cukup sempurna fizikalnya, berkulit hitam manis or sawo matang? haha which one ye aku sendiri x pandai menilainya, dan mempunyai tanda lahir di mata kiri. 




Adakah kerana tanda lahir yg di anugerahkan Allah ni yg membuatkan org x berapa nak kawan dgn aku???? 
Salah aku ke benda ni wujud?
Aku ke yg mintak semua ni jadi kat aku? 
Cacat ke aku ni??? 

Bertahun2 sejak aku kecik sampai lah dewasa ni soalan2 ni x pernah terjawab. Puas aku fikir ape sebenarnya pandangan org terhadap aku, dari segi sifat dan sikap aku. Aku percaya, kerana benda2 mcm ni la yg buatkan semua org x nak kawan dgn aku dulu terutamanya boys! 

Year by year.. hidup pun mula berubah. Sejak aku berjodoh dgn Syazana Yusoff, dia lah sokongan aku, kekuatan aku, pendorong aku utk jadi yg lebih baik. Aku yg sekarang seorang yg x berapa kisah dgn apa yg org kata, tabah, berdikari, dah x lah merendah diri sangat,  berani lah jugak, berpendirian lah jugak, boleh fight back ats pembuli2 yg cuba membuli aku, tapi still kekok berkawan dengan lelaki, dan yg paling penting aku dah jarang menangis. 

Yes, aku sedar yg aku sekarang jarang menangis. Sejak aku putus hubungan dengan 'AA' tahun lepas, hidup aku bertambah baik. Sampai ke hari ini aku x ingat bila masa aku menangis. Hubungan aku dengan family pun bertambah baik tahun demi tahun lepas arwah ayah meninggal dunia enam tahun lepas.  

Aku sekarang happy dengan cara aku sendiri. Aku bebas buat apa saja dan berkawan pun okay. Tapi yg x best masih x faham kenapa aku susah dpt kawan lelaki.. haha ape lg la boyfriend. Mungkin sebab aku masih kekok dan x tahu mcm mne berkawan dengan lelaki kot. Sumpah x tahu!  

Ah lantaklah. Aku percaya pada qada dan qadar Allah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan, semua kat tangan Allah. Insya Allah jika sampai seru bertemulah aku dengan jodoh yg telah pun Allah tentukan. Yang penting skrg aku enjoy being myself. Alhamdulillah. 

I love my parents
I love my siblings 
I love my friends especially Syazana Yusoff  
and..
for sure la aku syg diri sendiri!

Thank you Allah, Alhamdulillah hirobbil alamin. ^_^ 

Eh2 panjangnya membebel.. hehe bye~

Monday 1 April 2013

Happy Birthday to my self

Assalamualaikum...

Today is my birthday. 22nd birthday~ syukur alhamdulillah aku masih lg bernafas di muka bumi Allah yg indah ini. Masih lagi di berikan nikmat kehidupan dan keamanan. Cerita tentang hari ini memang agak x best..


31.3.13- Tarikh yg cantik tapi x membawa hari yg cantik padaku. Entah kenapa tahun ni aku rasa sedih sepanjang hari ni. Okay, first of all, I would like to thank all my friends and family yg wish for my birthday. Alhamdulillah ada juga insan2 yg ingat pada aku. Ada juga insan2 yg ku harapkan tapi menghampakan. Hmm~

Awal pagi aku bangun dari tidur, aku terus mandi dan bersiap2 mencantikkan diri di hari jadi sendiri. Ingat nak meluangkan masa bersama group members pergi Mid Valley utk buat assignment kami. Aku siap punya siap, zati x dtg2 ke rumah utk ambil aku. Lalu aku call la dia tapi x berangkat. Aku cuba call Faiz, rupa2 nya diorang berdua dah pun sampai sana. Hmm.. sebenarnya aku sedih sikit lah sbb kerja ni sepatutnya berkumpulan tapi berdua je yg pergi. Kesian lg Bella sbb x tahu langsung pasal ni. Huhuu..

Dah siap dan x jadi pergi buat assignment, hati pun da kecewa lalu aku pergi kemas baju2 sikit utk di bawa ke kolej. Lepas je kemas bilik kat kolej tu aku terasa mcm nak jalan2 happy2 dgn org2 yg tersyg tp semuanya x ada. Kawan baik yg selalu ku harapkan tiada di sisi di saat aku memerlukan. Maklumlah semua org ada kehidupan masing2 yg perlu di urus. Yesterday aku dpt tahu yg Afiq da ade pengganti aku. Untung laahh.. aku je yg x dpt2 lg. Siapa la yg nk kat aku ni kan.. puiihh! ada ketika sepanjang hari ni aku menangis.. berat mata membaca berat lg bahu aku yg memikulnya. Utk meredakan kesedihan yg melanda hati aku, aku ajak pulak adik aku si Nabila tu pergi Seksyen 18. 

Bila aku keseorangan, bila aku sedih, bila aku kecewa, paling best perkara yg aku buat adalah menjerit. Lalu aku pun pergi la karoke dgn adik aku tu. Hmm nak karoke sorang2 x berani la pulak kan.. so ajak la teman. Memang puas lah aku menjerit kat dlm tuh. 

Lepas koke je aku pergi SR.. secret recipe~ yela da xde sape nak bagi aku kek aku beli lah sendiri. satu slice pun cukup lahh.. Habis mkn kek tu aku jalan2 kat sekitar ole2 tu sekejap. Nak balik rumah tiba2 teringat aku ada simpan coupon FRP Domino's Pizza. So aku pergi la redeem. Balik rumah melantak !

Senja berlalu~ lepas magrib aku keluar dari bilik utk makan sup sikit. Tengah2 makan tu adik aku Ilyas suruh ajarkan cara selesaikan masaalah math dia. Dah lama tinggalkan zaman sekolah rendah kan.. soalan budak darjah 5 pun da x ingat. Aku x dpt le nak menolongnya.. tiba2 mak aku pulak bising. Marah sbb ade kakak tapi x nak membantu. Memang hangin lah aku.. dah ckp x tahu kan.. x boleh la paksa. Aduhh~  >.<

Dari pagi sampai malam, dari awal hari sampai la penghujung hari ni, dua insan yg aku nanti2 tetap juga x munculkan diri. Pendapat aku.. mereka memang dah lupakan aku. Mereka x lagi perlukan aku dlm hidup mereka. The worst is mereka mungkin da buang aku dari hidup mereka.. maybe!

The first person is my cousin. Aku berharap yg dia sedar betapa rindunya aku pada dia. Betapa rindunya aku pada keakraban kami pada suatu masa dulu. Masa makin berlalu meninggalkan kenangan di sudut hati. Aku x nak dia meninggalkan dan melupakan aku suatu masa nanti. Aku pun x tahu di mana salahnya aku. Kalau pun ada salah dan silap itu, aku harap dpt di maafkan. 

The second person is my ex-boyfriend. Muhammad Afiq bin Azmi bin Anuar. Sebelum ni kau pernah berkata yg kau x kan lupakan aku buat selamanya. Tapi belum pun setahun kita putus, kau semacam dah melupakan aku. Sedangkan aku x melupakan kau pun. Tahun lepas pun bukan kau org pertama yg wish birthday aku. Tahun ni?? langsung x wish. Aku faham.. sekarang kan kau dah ada pengganti aku. Baguslah.. Comel orangnya. Tapi walaupun begitu, aku tetap rasa terkilan. Hmm~~ :'(

Kisah tambahan. the first person yg wish for my birthday was Khairul Shazree, abang angkat adik aku Nabila. Walaupun dia dah deactivate account fb dia, tapi dia masih ingat birthday aku. Aku x sangka! tapi dia pun aku x mengharap sgt. Nabila kata dia sukakan aku, tapi tengok pada caranya mcm x seperti yg di katakan. Yes I admit yg aku pun memang sukakan dia. Ikhlas ingin memiliki cintanya. Tapi dia mcm x bersungguh2. Sekejap je sms lepas tu menghilang. Sometimes when I text him first, he never replied. Begitu juga hari ini. Mungkin dia busy sbb sem ni adalah terakhir bagi dia. So frustrated!! urrgghh! 

How can love be so heart breaking! For me, I don't believe there is true love from peoples around me EXCEPT my mom. All I believe is Allah, the only one god in the world.  

I just wondering.. boleh kah Allah qabulkan permintaanku? tentang jodohku. Selalunya apa yg aku inginkan itulah yg aku TAK dapat! hmmmm.. risaunya~~ 

Cukuplah. Sampai sini je lah aku merepek. Hari da jauh malam, assignment pun x siap lg. 
Thank you Allah for giving me chance to still alive. Alhamdulillah~

Assalamualaikum... 




Ni lah dia muka hari ini. Kalau tengok dari dekat memang nampak bekas air mata aku jatuh ke pipi.. adik aku lah yg cakap. Itulah Perasaan.. yg datangnya dari hati dan jiwa nurani. 

Saturday 30 March 2013

Teman pengganti

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera.. today tiba2 je aku terfikir nak jenguk dia. Lalu aku taip la namanya di Google. I saw his twitter. Then, aku pun tgk lah. Even dia da unfollow aku tapi he forgot that I still follow him. Aku nampak lah dia punya tweet.. sounds like this "love you too my heart". Dah ada pengganti aku la tu. 


A word from me: CONGRATULATIONS ^_^


Wahai insan yg bernama, mungkin anda tidak berjaya melupakan aku tapi anda berjaya menggantikan cinta anda. Wahai anda yg pernah ku sayangi, aku harap kali ni kau betul2 lah jaga hati dia. Setiap wanita itu berbeza. Sikap dan pemikiran juga berbeza. Jangan kau ulangi apa yg pernah kau lakukan pada aku dan bekas kekasih2 yg dulu. Aku benar2 berharap kau dapat berubah sepenuhnya, bukan sementara. 


Biarlah aku menjadi wanita terakhir yg kau sakiti. Jangan kau lukai hati dia yg mencintaimu setulus hati. Dia x bersalah, jangan kau hukumi dia. Semua yg berlaku adalah kehendak-Nya. Kita hanya mampu merancang, tapi Dia lah yg menentukan segalanya. Jangan kau biarkan pisang berbuah seribu kali. Jagalah hati dan cintanya, jangan kau biarkan hati dan cintanya berakhir luka seperti aku yg x dpt lg kau ubati. 


Wahai khalifah di bumi Allah, harap kau dpt berubah menjadi yg lbh baik. Ingat solat 5 waktu mu, jaga perbatasan akhlakmu, tingkatkan ilmu akhiratmu, siapkanlah diri, utk kemudian hari. 


Aku berharap agar kau terus gembira dan bahagia di samping org baru yg di sayangi. Alhamdulillah, mungkin Allah dah qabulkan permintaanku utk kebahagiaan dan kegembiraan kau. 


Akhir kataku, sejuta maaf di pinta andai hatimu masih lg terluka. Harap cinta baru dpt ubati hatimu. 


Hatiku?? biarkanlah begini. Aku dah lama memaafkan kesemua salah dan silap kau padaku. Tapi kenangan bersama kau tetap di ingatanku. Terima kasih di atas segala budi baik yg kau berikan. 



Tahniah~~ hihi :) 


Thursday 28 March 2013

School break, yeah !

Assalamualaikum...


School break started.. yayyy!! itulah perasan bagi adik2 yg masih bersekolah. Hihi teringat pulak zaman sekolah dulu2, cuti je happy sbb bole main dgn kwn2, x belajar dlm seminggu, dan paling best dpt pergi bercuti bersama family! Haa.. inilah kisah percutian di hari pertama bermulanya cuti sekolah iaitu pada hari Sabtu semlm bersamaan 23 Mac 2013. 






Kitorang pergi PD !!! PORT DICKSON. Memandangkan dah lama sgt adik2 aku x bercuti dan mandi pantai, so aku dgn Cik Syazana my bff with her boyfriend, planning utk kesana. Seminggu menanti dan akhirnya hari yg di tunggu2 pun tiba. Dari awal lg aku memang x bagi tahu adik2 aku yg kecik2 tu pasal ni. Aku tipu.. aku ckp yg kita bersiap2 utk hantar aku balik asrama kat Johor.. kikiki. Adik busuuu aku pun terpercaya, die pun mula buat muka sedih sbb die fikir yg aku betul2 akan tinggalkan die utk ke Johor.

Allah maha besar. Apa yg dirancang x berjalan dgn sebaiknya. Mcm2 dugaan dtg menguji kesabaran aku. Haha time tu la pulak haid aku nak dtg.. emo semacam! hari yg sgt chaos aku rasa. awal2 pagi aku bgn pukul 5.30 pagi utk tolong mama aku prepare apa yg patut. Pukul 8 pulak aku da kene pergi ambil kereta yg aku sewa utk hari tu. Oh ya, kami pergi PD tu dgn dua buah kereta.. satu kereta mama, satu lg kereta sewa. Haha aku lah yg kene cari. 

Okay after that, da ambil kereta tu aku kene pulak temankan mama aku pergi SMK Seksyen 24 utk ambil agihan BR1M. Fuhhh~ nasib baik x lama sgt. Alhamdulillah lah ade rezeki. Balik dari sekolah tu, ingatkan bole terus gerak. Tapi terpaksa tunggu sekejap pulak sbb adik lelaki aku ni rajin sgt pergi tolong kwn dia yg tiba2 accident. Arrrgghh aku da mula naik angin da. 

Lepas Dia balik, kami pun terus gerak lah. Ha, satu lg masaalah.. lupa nak bincang with each other. Orang2 yg drive ni pakai jalan je. Lepas tu da kelam kabut takut terpisah. Ini pun buat aku geram jugak. Okay fine, da settle hal tu terus la drive. Ingatkan da x ada apa2 rintangan lagi, rupa2 nya ada lagi. 

Traffic congestion kat highway utara-selatan kot kalau x silap aku lah. Hehehe aku memang x pernah ingat nama highway tu kesas ke NKVE ke apa kan. Bukan main sesak lagi tu.. panjang sgt. Dari Nilai sampai dekat ke Seremban. perjalanan yg sepatutnya memakan masa lebih kurang hanya satu jam lebih dan meleret hingga ke dua jam lebih. Haha ni da bole betul2 sampai ke Johor dah ni. Traffic congested di sbbkan accident. Memang hari tu bnyk pulak kereta yg dihentam dan menghentam. Hai sabar je laaa...

Setelah lama di dlm perjalanan, sampai la jugak ke PD. Memandangkan cuti sekolah da bermula, memang ramai la org yg dtg membawa anak2 mereka utk berkelah seperti kami. Susahnya mencari parking! akhirnya dpt jugak. Wah bukan main excited lagi adik2 aku tu bila dpt ke pantai. Memang kami have fun la lepas tu.



 
My family & My friend


Ha! sebelum mandi pantai, aku baru teringat yg aku terlupa utk bawa tudung spare utk aku balik nanti. Huhu.. terpaksa la aku mengeluarkan duit sikit utk beli tudung yg di jual di situ, aduh.. mahal pulak tu! Haha bkn tudung saje yg di beli, tiba2 terrrbeli baju PD. Pelaburan laaagi.. nafsu2! Haha lepas tu terus cepat2 pergi dari situ, takut terrrbeli lagi. Dah dpt apa yg perlu, kami pun bersuka ria lah bermain air, menaiki banana boat, bermain pasir dan ada juga yg berenang. Kuak lentang! kikiki. Tiba2 teringat pulak kejadian dua tahun lepas di mana aku hampir lemas di sini ketika seronok bermain air bersama kawan2 semasa trip kami sekelas time diploma dulu. Syukur lah ada seorang kawan aku yg perasan dan menyelamatkan aku dgn menolak ke tepi pantai. Thanks to that person, I still alive. Sejak tu memang aku lebih berhati2 dan x kan pergi jauh sgt dari pantai. Huhu~









Dah puas main air, masa pun mencemburui kami. Siap2 lah utk pulang. : ( 
Dalam perjalanan pulang tiba2 hujan turun dgn lebat sekali. okay the driver pun berhemah ketika memandu. Bagusss. Sekali lagi, traffic congestion. Ingatkan balik da lapang, rupanya ada lagi. Accident jugak kesnya. aduhh.. nasib baik da balik kan. 



       Makan dulu sebelum balik !


 
Penat sgt la tu main air



                                                                                                   Memang x ada keje lain, huh!  




Hahh~ seharian tu memang kelam kabut, memang emo, memang terkejar2. Tapi plan alhamdulillah tetap menjadi. Kalau x jadi memang ribut lah hati aku.. huhu. Apa2 pun kami happy tetap happy!






Kita yg merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. Selamat bercuti! upss tapi aku x cuti. Kelas seperti biasa.  ^_^






My lovely mama!

Adiosss! ^_^

Saturday 23 March 2013

Seniman Tan Sri P. Ramlee

Assalamualaikum...

22 Mac 1929, lahirnya seorang seniman negara yg bergelar Tan Sri P. Ramlee. Siapa yg tidak mengenali beliau? sebut sahaja P. Ramlee pasti semua org kenal akan bintang klasik yg penuh bakat ini. P. Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria yg dilahirkan pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, 1 Syawal ketika khatib sedang membaca khutbah dari raya di Masjid Couter Hall Pulau Pinang. Bapanya bernama  teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim dan ibunya berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang bernama Che Mah binti Husin.  Tarikh lahir sebenar beliau masih menjadi tanda tanya. Ini kerana apabila kita mengkaji sepadanan tarikh masihi dan tarikh hijrah, tanggal 22 Mac 1929 itu sebenarnya tidak bersamaan dengan 1 Syawal. (pramlee.freetzi.com). 





Pasti semua org pernah menonton filem dan cerita2 yg menayangkan watak yg dibawa oleh seniman ini. Cerita2 yg bertajuk Pendekar Bujang Lapok, DoReMi, Laksamana Hang Tuah, Musang Berjanggut, Penarik Beca, Ahmad Albab, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan lain2 sungguh menyentuh hati dan minat para penonton. Budak2 kecil zaman sekarang pun dapat mengenali dan meminatinya walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini. Ini membuktikan yg P. Ramlee memang sangat berbakat dlm bidang seni. Kebanyakan filem dan cerita yg dilakonkan oleh beliau banyak membawa maksud tentang kehidupan dan pengajaran yg patut kita ambil daripadanya. 



                Pendekar Bujang Lapok





Anakku Sazali





                                                                                                             Musang Berjanggut


Tan Sri P. Ramlee, namamu disanjung, budimu di kenang. Dirimu menjadi suatu inspirasi, Pergimu tiada ganti.  











Aku juga peminat P. Ramlee. Sekian. 
^_^

Friday 22 March 2013

Tahun Baru, Semester baru, dan My Mydin

Assalamualaikum...

Hahh~~ sgt lama rasanya aku x update blog yg dah bersawang ni. Sejak akhir tahun lepas lagi, aku memang niat nak menulis sesuatu kat sini tp bertangguh pulak. Haha maklumlah hujung tahun kan musim tengkujuh.. hujan saje! tidur je lah. memang membuatkan malas aku menjadi2. Skrg da bulan ketiga dlm tahun baru ni.. kepanasan mula melanda. membuatkan aku susah pulak nak tidur. Semester pun baru bermula, assignment pun belum melambak lagi, so ade lah waktu sikit utk aku makeover blog ni. 

Tidak seperti sebelumnya yg aku rasa agak messy, kali ni aku buat blog aku nampak lebih simple dan lapang. After doing some makeover, aku pun buang la older post yg aku rasa x perlu da kot nak tayang. Let bygone be bygone~ I wish you always happy. Peace yaw. :)

Actually aku ni sedang kebosanan. Minggu ni aku bnyk free time.. sbb ape? haha semua lecturer yg mengajar aku subjek retailing x ada, so banyaklah kelas terpaksa di batalkan. Tapi... practical kat My Mydin tetap berjalan seperti biasa. 

Yes.. this semester I kene practical jaga My Mydin in 2 hours and once a week. Tapi aku bukan kene jaga sorang2 sebaliknya in group lah. As usual, with my friends since Diploma lagi.. Ezzati Zamri aka Zati Buntal and her boyfie, Faizzzzz. Dalam banyak2 job experience yg pernah aku lalui, jaga My Mydin ni lah aku rasa paling neraka sekali! huh! Bosaann. 

Sebab apa aku kata bosan? yelah.. da la My Mydin tu kecik je, nak jaga ramai2. Dah tu.. lepas satu group balik, satu group lain pulak dtg.. kene ikut schedule yg dah di berikan. Bayangkan satu kedai tu, yg jaganya ramai. Nasib baiklah course retail management ni cuma ada dua kelas saje. memang pack la schedule die kan. Kalau x kerana course requirement, x involve carry mark aku.. x nak aku jaga. Tapi x pe.. I will do my very best to give good customer services as well as kesabaran aku menghadap lecturer2 yg mulut 'longkang'. heheh!

Bercakap tentang lecturer2 mulut 'longkang', ya memang ramai yg begitu. Setakat ni aku x jumpe lagi lah, tapi senior2 da berkata begitu. Ini memang menguji kesabaran dan professionalism. As a retailer, or bakal manager, aku kene practice la benda2 yg positive. Remember the term "customer is always right". Dia condemn kita macam mana sekalipun, senyuman dan perkataan SABAR harus bermain2 di ingatan. Haha selain tempat tu, memang aku da hentam balik da customer2 macam ni.  

Like other trainee kat luar sana, kami pun di minta utk memakai uniform 'taik cicak' iaitu baju kemeja berlengan panjang berwarna putih, tudung kosong berwarna putih tanpa batu bata, seluar slack berwarna hitam serta kasut hitam yg bertutup. Oleh kerana warna uniform ni sama dengan warna pakaian bagi student Law, lecturer2 Law ramai yg memandang rendah dan mengatakan student retail meniru student mereka. Hahh~ x apalah, ini semua bukannya poyo.. tapi cabaran buat aku yg bergelar student of retail management.

Hari sudah jauh malam.. sudah tiba masanya utk beta beradu. Adios. ^_^