Saturday 15 June 2013

I'm Angry like an angry bird.. Haha

Assalamualaikum...

Hari ni group aku bersama group lain yg turut sama terlibat menjalankan rutin mingguan kami di My Mydin FBM, UiTM Shah Alam. Hari ni memang bnyk keje.. sbb tu la bnyk group yg terlibat. 


Tugas kami hari ini ialah mengemas dan menyusun atur merchandise dan barang2 yg ada di sekitar My Mydin. Awal pagi lg aku dan rakan2 lain kene susun kotak2 yg bnyk berserakan kat belakang kedai tu. lepas tu kami di tugaskan utk mengelap cermin kedai dan menyusun atur meja dan kerusi2 yg bersepah kat luar. Aku memilih utk menyusun meja dan kerusi seorang diri manakala kawan2 yg lain memilih utk mengelap cermin kedai dan menyapu sampah. habis semua meja dan kerusi tu aku susun elok2 kat tepi dinding. 


Baru aku nak duduk berehat sekejap, tiba2 si Akim kawan kelas aku sorang ni arah aku buat itu ini. Eh2 budak ni keje nak mengarah org pulak. Padahal dia tu duduk kat counter tu je jadi mandur!! x pe.. aku sabar je. Lepas tu aku pun buat la keje2 yg lain. Tolong kawan2 yg lain.


Kami dah siapkan keje kami.. so kami nak rehat sekejap! sambil borak2 di depan pintu. Customer pulak x ada masa tu.. so x salah lah kalau kitorang ni nak borak2 kejap kan. Waktu dah pukul 9:35 am masa tu. Si Akim ni dengki la aku rasa. Dia sebok sgt arah2 kami suruh panggil Izati iaitu Branch-in-charge (BIC) yg bertugas utk memantau kami di sini.. sbb dia nak balik pukul 9:45 am. Sedangkan kami sepatutnya hari tu balik pukul 10 am. 


Tak ada seorang pun antara kami yg ikut cakap dia. Ye lah SIAPA DIA nak arah2 org buat itu ini kan?? kami pun buat x endah je apa yg dia cakap sambil bergurau seketika. Tiba2 dia ni marah kat kami sbb x ikut cakap dia. PERRGGHH!!! Berapi gua cakap lu! PANTANG betul aku bila ade org mcm ni tiba2 nak marah! 


Aku memang benci kene marah. Lagi benci dan membuatkan temperature kemarahan aku naik menggelegak bila org yg x de hak tiba2 buat pasal mcm nih. Kalau ikutkan hati memang la aku nak tengking balik dia ni. Dia ingat kedai tu BAPAK dia punye ke sedap2 je nak arah2 org buat itu ini dan marah2 org mcm kuli dia pulak! Woii berapi perasaan ni !


Nasib la tgh bertugas dan keje ni involve carry mark aku. Sabar je lah.. Tapi aku x kan maafkan kau eh budak! Lepas tu bila Izzati tu masuk kedai utk take over jaga kedai tu.. si Akim ni cakap kami pulak nak balik awal. Haa??!! ni nak buat aku maki dia ni. Ish aku geram betul la dia nih! 

Akim!! memang kau aku x maafkan!! Lidah bercabang! 


Sekian!- Feeling Angry