Assalamualaikum...
School break started.. yayyy!! itulah perasan bagi adik2 yg masih bersekolah. Hihi teringat pulak zaman sekolah dulu2, cuti je happy sbb bole main dgn kwn2, x belajar dlm seminggu, dan paling best dpt pergi bercuti bersama family! Haa.. inilah kisah percutian di hari pertama bermulanya cuti sekolah iaitu pada hari Sabtu semlm bersamaan 23 Mac 2013.
Kitorang pergi PD !!! PORT DICKSON. Memandangkan dah lama sgt adik2 aku x bercuti dan mandi pantai, so aku dgn Cik Syazana my bff with her boyfriend, planning utk kesana. Seminggu menanti dan akhirnya hari yg di tunggu2 pun tiba. Dari awal lg aku memang x bagi tahu adik2 aku yg kecik2 tu pasal ni. Aku tipu.. aku ckp yg kita bersiap2 utk hantar aku balik asrama kat Johor.. kikiki. Adik busuuu aku pun terpercaya, die pun mula buat muka sedih sbb die fikir yg aku betul2 akan tinggalkan die utk ke Johor.
Allah maha besar. Apa yg dirancang x berjalan dgn sebaiknya. Mcm2 dugaan dtg menguji kesabaran aku. Haha time tu la pulak haid aku nak dtg.. emo semacam! hari yg sgt chaos aku rasa. awal2 pagi aku bgn pukul 5.30 pagi utk tolong mama aku prepare apa yg patut. Pukul 8 pulak aku da kene pergi ambil kereta yg aku sewa utk hari tu. Oh ya, kami pergi PD tu dgn dua buah kereta.. satu kereta mama, satu lg kereta sewa. Haha aku lah yg kene cari.
Okay after that, da ambil kereta tu aku kene pulak temankan mama aku pergi SMK Seksyen 24 utk ambil agihan BR1M. Fuhhh~ nasib baik x lama sgt. Alhamdulillah lah ade rezeki. Balik dari sekolah tu, ingatkan bole terus gerak. Tapi terpaksa tunggu sekejap pulak sbb adik lelaki aku ni rajin sgt pergi tolong kwn dia yg tiba2 accident. Arrrgghh aku da mula naik angin da.
Lepas Dia balik, kami pun terus gerak lah. Ha, satu lg masaalah.. lupa nak bincang with each other. Orang2 yg drive ni pakai jalan je. Lepas tu da kelam kabut takut terpisah. Ini pun buat aku geram jugak. Okay fine, da settle hal tu terus la drive. Ingatkan da x ada apa2 rintangan lagi, rupa2 nya ada lagi.
Traffic congestion kat highway utara-selatan kot kalau x silap aku lah. Hehehe aku memang x pernah ingat nama highway tu kesas ke NKVE ke apa kan. Bukan main sesak lagi tu.. panjang sgt. Dari Nilai sampai dekat ke Seremban. perjalanan yg sepatutnya memakan masa lebih kurang hanya satu jam lebih dan meleret hingga ke dua jam lebih. Haha ni da bole betul2 sampai ke Johor dah ni. Traffic congested di sbbkan accident. Memang hari tu bnyk pulak kereta yg dihentam dan menghentam. Hai sabar je laaa...
Setelah lama di dlm perjalanan, sampai la jugak ke PD. Memandangkan cuti sekolah da bermula, memang ramai la org yg dtg membawa anak2 mereka utk berkelah seperti kami. Susahnya mencari parking! akhirnya dpt jugak. Wah bukan main excited lagi adik2 aku tu bila dpt ke pantai. Memang kami have fun la lepas tu.
Ha! sebelum mandi pantai, aku baru teringat yg aku terlupa utk bawa tudung spare utk aku balik nanti. Huhu.. terpaksa la aku mengeluarkan duit sikit utk beli tudung yg di jual di situ, aduh.. mahal pulak tu! Haha bkn tudung saje yg di beli, tiba2 terrrbeli baju PD. Pelaburan laaagi.. nafsu2! Haha lepas tu terus cepat2 pergi dari situ, takut terrrbeli lagi. Dah dpt apa yg perlu, kami pun bersuka ria lah bermain air, menaiki banana boat, bermain pasir dan ada juga yg berenang. Kuak lentang! kikiki. Tiba2 teringat pulak kejadian dua tahun lepas di mana aku hampir lemas di sini ketika seronok bermain air bersama kawan2 semasa trip kami sekelas time diploma dulu. Syukur lah ada seorang kawan aku yg perasan dan menyelamatkan aku dgn menolak ke tepi pantai. Thanks to that person, I still alive. Sejak tu memang aku lebih berhati2 dan x kan pergi jauh sgt dari pantai. Huhu~
Dah puas main air, masa pun mencemburui kami. Siap2 lah utk pulang. : (
Dalam perjalanan pulang tiba2 hujan turun dgn lebat sekali. okay the driver pun berhemah ketika memandu. Bagusss. Sekali lagi, traffic congestion. Ingatkan balik da lapang, rupanya ada lagi. Accident jugak kesnya. aduhh.. nasib baik da balik kan.

Makan dulu sebelum balik !
Penat sgt la tu main air
Memang x ada keje lain, huh!
Hahh~ seharian tu memang kelam kabut, memang emo, memang terkejar2. Tapi plan alhamdulillah tetap menjadi. Kalau x jadi memang ribut lah hati aku.. huhu. Apa2 pun kami happy tetap happy!
Kita yg merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. Selamat bercuti! upss tapi aku x cuti. Kelas seperti biasa. ^_^
Adiosss! ^_^