Assalamualaikum...
22 Mac 1929, lahirnya seorang seniman negara yg bergelar Tan Sri P. Ramlee. Siapa yg tidak mengenali beliau? sebut sahaja P. Ramlee pasti semua org kenal akan bintang klasik yg penuh bakat ini. P. Ramlee atau nama sebenar beliau Teuku Zakaria yg dilahirkan pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, 1 Syawal ketika khatib sedang membaca khutbah dari raya di Masjid Couter Hall Pulau Pinang. Bapanya bernama teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim dan ibunya berasal dari Kampung Kubang Buaya, Butterworth, Pulau Pinang bernama Che Mah binti Husin. Tarikh lahir sebenar beliau masih menjadi tanda tanya. Ini kerana apabila kita mengkaji sepadanan tarikh masihi dan tarikh hijrah, tanggal 22 Mac 1929 itu sebenarnya tidak bersamaan dengan 1 Syawal. (pramlee.freetzi.com).
Pasti semua org pernah menonton filem dan cerita2 yg menayangkan watak yg dibawa oleh seniman ini. Cerita2 yg bertajuk Pendekar Bujang Lapok, DoReMi, Laksamana Hang Tuah, Musang Berjanggut, Penarik Beca, Ahmad Albab, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Anakku Sazali dan lain2 sungguh menyentuh hati dan minat para penonton. Budak2 kecil zaman sekarang pun dapat mengenali dan meminatinya walaupun beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini. Ini membuktikan yg P. Ramlee memang sangat berbakat dlm bidang seni. Kebanyakan filem dan cerita yg dilakonkan oleh beliau banyak membawa maksud tentang kehidupan dan pengajaran yg patut kita ambil daripadanya.
Tan Sri P. Ramlee, namamu disanjung, budimu di kenang. Dirimu menjadi suatu inspirasi, Pergimu tiada ganti.
Aku juga peminat P. Ramlee. Sekian.
^_^
.jpg)





No comments:
Post a Comment