Assalamualaikum...
Apakah keutamaan anda? rumah atau kereta? kalau di berikan pilihan seperti ini, sudah tentu saya akan memilih untuk memiliki sebuah rumah terlebih dahulu.
Rumah merupakan suatu aset yang paling penting yang harus diutamakan. Heheh..
Menurut pendapat mama saya, lepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik, kita mesti lah berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu. Saya setujuuu!!!
Dunia semakin maju, manusia era ini saling berlumba - lumba untuk mendapatkan aset yang penting dalam kehidupan mereka iaitu kewangan, rumah, kemudahan yang baik dan lain - lain. Bagi saya, selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan, saya akan mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah rumah terlebih dahulu.
Seperti yang saya fahami, harga atau nilai sesebuah rumah itu semakin hari semakin meningkat tinggi. Hal ini lazimnya berlaku di kawasan bandar yang terdapat kemudahan yang mudah didapati. Jika saya memilih untuk membeli kereta terlebih dahulu, harta atau nilai sesebuah kereta itu akan menurun. Dalam masa yang sama, harga atau nilai rumah pula akan semakin tinggi. Justeru itu beban kewangan saya akan bertambah kerana harus mengumpul lebih wang untuk memiliki sebuah rumah selepas memiliki sebuah kereta. Huhuhu~
Kereta idaman mama n arwah ayah saya.. Hehehee~ : P
Seperti yang kita lihat, semakin hari teknologi semakin canggih dan para peniaga berlumba - lumba untuk mencipta dan mengeluarkan design produk mereka yang terbaru. Lumrah manusia pula yang sukakan pada sesuatu teknologi yang lebih baik. Siapa lah yang tak mahu memiliki kereta yang lebih baik jika mereka mampu kan?? model kereta yang sebelumnya sedikit sebanyak pasti akan jatuh nilainya. Tidak seperti rumah yang semakin hari semakin tinggi nilainya.

Selain itu, jika telah tiba waktunya untuk saya bersuami kelak, tak lah saya susah payah memikirkan hal rumah. Senang cakap, kalau saya ada kereta dahulu, saya nak duduk di mana kalau dah berumah tangga kelak? tak kan nak tumpang ibubapa atau mertua kan? atau tak kan nak tinggal dalam kereta kan? hahaa.. lebih baik ada rumah sendiri. Saya boleh menaiki kenderaan awam atau menunggang motosikal ke tempat kerja. Dalam masa yang sama, saya dapat menyokong kempen kongsi kereta atau sokongan terhadap penggunaan kenderaan awam yang telah kerajaan kita sediakan di samping dapat membantu menurunkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh asap - asap kenderaan yang semakin meningkat di negara ini. Hehehe saya memang penunggang motosikal pun.. dan saya lebih suka menunggang motor dari memandu kerata sebab saya tak sukakan stress di atas jalan raya. Menunggang motosikal juga dapat menjimatkan masa dan cepat sampai ke destinasi.
Motorbike idaman nihh.. hehehh..
Haahhhhh~~ itulah pendapat dan pilihan saya selepas tamat pengajian dan mendapat pekerjaan kelak.
~ Thank You ~
^_^