Wednesday, 18 September 2013

impian~~~

Assalamualaikum...

Impian~ impian~ impian~ Hmmm..
Sebut saja perkataan ini, fikiran terus menjadi buntu.. Apa sebenarnya yang harus saya katakan tentang sesuatu yang disebut sebagai impain?????

Saya seorang yang suka berterus terang, jadi saya akan berterus terang menyatakan bahawa saya tidak mempunyai impian yang begitu mendalam terhadap sesuatu. Apa pun, saya cuba untuk fikir apakah IMPIAN saya. Ini merupakan satu cabaran kecil nihh... 

Setelah di fikirkan, antara impian saya ialah :

1.     Saya mempunyai masalah yang berlarutan sejak di bangku sekolah lagi iaitu English Language. Saya menghadapi masalah begitu sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa tersebut. Setiap kali saya melihat orang-orang yang fasih dalam berbahasa Inggeris ni, saya jadi malu sangat bila hendak berhadapan dengan mereka. Hati ini sangat berdebar dan risau bila perlu berhadapan dengan orang sewaktu membuat presentation. Terasa diri ini kerdil sangat. Jauh di sudut hati saya mempunyai impian untuk menjadi seperti mereka yang handal berbahasa Inggeris. Saya terasa fikiran saya ini susah benar untuk meningkatkan kualiti bahasa tersebut. Inilah masalah dan impian yg paling besar dalam diri saya.

2.     Impian saya seterusnya ialah untuk mendapatkan anugerah dekan walaupun hanya sekali. Alhamdulillah untuk dua semester yang lepas, saya berjaya untuk meningkatkan CGPA saya tapi masih tidak dapat capai impian. Untuk semester yang akhir-akhir ini, saya akan berusaha keras untuk cuba mendapatkan anugerah dekan.

3.     Saya merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Saya mempunyai seorang ibu dan ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2008 iaitu pada tahun saya harus menduduki SPM. Keluarga kami tidak senang seperti mana keluarga kawan-kawan yang lain. Walaupun kami susah tetapi alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah kewangan yang serius. Rumah yang kami duduki ialah satu-satunya peninggalan arwah ayah. Rumah tersebut adalah hasil titik peluh arwah ayah saya membinanya. Rumah itu semakin dimamah usia lantaran kayu-kayu yang digunakan adalah daripada kayu-kayu murah hasil lelongan penjual kayu pembuat rumah dahulu. Jadi, impian saya adalah untuk mendirikan rumah yang lebih baik untuk keluarga saya suatu hari nanti agar mama dan adik beradik saya dapat tinggal dalam keadaan yang lebih baik dan lebih selesa seperti orang lain. Oh yang pasti saya haruslah dapatkan pekerjaan dahulu.. kumpulkan income dan jalankan impian. ngeh3... ^_^

4.     Impian yang ini memang impian semua wanita lah. Hehe..
Saya ingin mendirikan rumahtangga kalau boleh sebelum umur saya beranjak ke 24 tahun. Ini juga merupakan impian mama saya. Okay, buat masa ini saya tidak mempunyai kawan istimewa dengan mana-mana lelaki. Tetapi saya sedang cuba untuk menyediakan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami saya kelak. Siapa pun dia saya tidak mengetahuinya tetapi saya pasti akan ketentuan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya percaya yang Allah sudah pun menentukan jodoh untuk setiap hambanya. Jadi, saya hanya perlu untuk bersedia dan menunggu takdir itu tiba. 


Huhhh~~ itulah antara impian saya. Hahaa..
Dalam banyak-banyak impian yang saya fikirkan, soal cita-cita itu saya tak dapat nak cerita lah. Sejak kecil lagi, saya tak tahu pekerjaan apa dan bagaimana yang saya dambakan. Saya hanya ikut sahaja apa yang terbaik untuk saya. 

That's all ! Sorry sir saya merepek panjang sangat.. hehe.. 
Thank you. ^_^



No comments:

Post a Comment